Quantcast
Channel: FAR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

Kem pengawas yayy!

$
0
0
Assalamualaikum kesayangans sekalian

Wah rasa dah lama aku meninggalkan dunia penulisan ni kuikui, orang pun naik bosan dok asyik post yang sama je ada kat blog ni. Hakikatnya aku terpaksa korbankan masa lapang ni demi tanggungjawab yang bertingkat tingkat kat bahu ni adeh -_-'

Ingat lagi aku minta pendapat para blogger tentang aktiviti apa yang perlu dilakukan untuk kem kepimpinan pengawas dan pengawas pusat perpustakaan haritu? Alhamdulillah kem tu berjalan dengan lancar. Serious lega bila kem tu dah habis. Terima kasih kepada yang sudi bagi idea idea untuk aku buat masa kem tu nanti.

Lega sebab apa? Sebab tak perlu fikir lagi lepas ni nak buat apa, aktiviti apa yang sesuai, duit cukup ke tak dan macam macam lagi. Aku sampai menangis fikirkan hal hal kem.

Kem kepimpinan 3 hari 2 malam ni cuma buat kat sekolah tapi fuh masih mencabar. Mencabar diri seorang pengawas dari segi mental, fizikal dan tahap pengetahuan diaorang. Bukan setakat para peserta yang tercabar, AJK dan facilitator pun rasa tercabar lagi lagi aku yang tak tidur 48 jam semata mata nak jaga peserta peserta ni.


Penat tapi masih comel eh eh

Ada banyak LDK (latihan dalam kumpulan) yang kitaorang buat, selain tu ada night walk, jungle trecking (yang ni aktiviti spontan waktu pagi tapi still mencabar sebab kakak abang faci semua jahat), ikhtiar hidup, malam kebudayaan dan sukaneka.

Nak cerita setiap aktiviti yang dibuat memang panjang berjela lah post ni, tapi aku still nak share setiap satu aktiviti yang kitaorang buat. Cuma bukan dalam entry kali ni. InsyaAllah entry akan datang aku share semua aktiviti, mungkin satu hari nanti boleh jadi rujukan korang semua :)

Terima kasih diucapkan kepada AMT pengawas & pengawas perpustakaan, AJK serta akak abang faci yang sudi membantu menjayakan kem kepimpinan tahun ni. Semoga yang baik dijadikan panduan kita semua, InsyaAllah kalau umur masih panjang kita berjumpa untuk kem form 1 akan datang hehe (ada lagi rupanya kem!)

Embedded image permalink

Fi Hifzillah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 49