Assalamualaikum
Salam tengahari, salam jumaat dan salam cuti sekolah ehehe selalunya cuti cuti macam ni baru ada masa nak berehat, bersantai, makan pun dalam keadaan tenang (kalau tak selalu makan terkejar kejar)
2 minggu lepas, aku dengan geng forum bersusah payah cari masa practice untuk pertandingan memandangkan jadual kami yang pack sebab nak study exam. Bila dah practice pun, ada yang sangkut sangkut, terlupa lah, tetibe phone berbunyi lah dan bila masing masing dah menyampah, kami berwefie menggunakan camera 360 (kekonon nak flawless hiks)
3 hari sebelum pertandingan.....
Salam tengahari, salam jumaat dan salam cuti sekolah ehehe selalunya cuti cuti macam ni baru ada masa nak berehat, bersantai, makan pun dalam keadaan tenang (kalau tak selalu makan terkejar kejar)
2 minggu lepas, aku dengan geng forum bersusah payah cari masa practice untuk pertandingan memandangkan jadual kami yang pack sebab nak study exam. Bila dah practice pun, ada yang sangkut sangkut, terlupa lah, tetibe phone berbunyi lah dan bila masing masing dah menyampah, kami berwefie menggunakan camera 360 (kekonon nak flawless hiks)
3 hari sebelum pertandingan.....
Seboleh boleh nak practice depan pelamin.
Ahli forum remaja 2015. Pagi sebelum pertandingan. Muka tenang tapi masing masing berdebar.
Disebabkan sekolah yang kami pergi tu tersangat lah dekat, lebih kurang 15 minit so perjalanan taklah membosankan.
Dan antara tips yang diberikan oleh cikgu kami ialah, sebelum pertandingan mesti makan pisang dan minum caffeine. Benda ni akan buat korang hilang nervous dan akan tenang je. Secara jujurnya, aku tak boleh minum minuman bercaffeine. Nanti aku akan demam, kembung perut dan muntah muntah. Paling teruk, setiap kali minum caffeine aku akan mengantuk dan tertidur terus. ish ish.
Kami antara peserta yang datang awal, so sementara tunggu peserta sekolah jauh sampai, kami makan pisang, pergi tandas, ambil gambar, bergossip, makan pisang lagi, pergi tandas lagi dan berulang.
Bila cikgu pengiring diminta untuk cabut undi, tada! Giliran pertama. Alhamdulillah, rasa senang sikit kalau giliran first ni. At least orang akan tumpukan perhatian.
Pengerusi majlis memulakan bicara.
Tajuk forum kami ialah Baik Buruknya Internet Dalam Kalangan Pelajar. So far, the competition went very well. Kami tak tengok teks, tak tergagap cuma masih kurang dalam forum spontan. Need more practice on that.
Tuan blog 4eva kiut
Alhamdulillah, walaupun practice cuma seminggu tapi berbekalkan pengalaman tahun lepas, kitaorang berjaya mendapat tempat pertama seterusnya melayakkan kitaorang pergi ke peringkat Negeri. Doakan kitaorang berjaya di peringkat seterusnya pada 25/3 ni tau!
Muka bangga naik pentas.
Cikgu, we did it! Alhamdulillah!
Baiklah antara tips dan pengalaman kami ialah:
- . Makan pisang dan minum caffeine sebelum pertandingan.
-Bagi menghilangkan nervous dan gemuruh. - Practice seminggu lebih awal. Tak practice bersama pun tak apa, tapi mesti hafal teks tu betul betul. Practice bersama tu cuma untuk berlatih gaya dan ekspresi muka.
- Pastikan semasa pertandingan tu, jangan tengok teks. Bila kita tengok sekali, serious kita akan lupa benda yang kita dah hafal.
- Pastikan percakapan jelas, perlahan dan baku. Pastikan penonton faham isi yang kita nak sampaikan.
- Banyakkan bacaan sebab lepas habis forum, akan ada satu lagi which is forum spontan. Hakim akan bagi soalan, kita kena jawab macam berforum tadi
Baiklah, rasanya setakat tu je cerita yang dapat dikongsikan. Macam biasa, blog semakin ha ha hambarrrr kerana tuan blog yang busy mengalahkan perdana menteri.
Fi Hifzillah.