Assalamualaikum guys!
Harini I nak share la pengalaman I masa interview medic / perubatan untuk degree. Masa isi UPU haritu, I isi medic dari first sampai kelima. Masatu tekad habis. Sebab tekad tu la finally dapat offer interview untuk medic UKM and UNIMAS, Sarawak.
Interview UKM
UKM ni dia amalkan MMI (Multi mini interview) di mana korang ada 5 active station and 4 rest station. Masa kat active station ni korang diberi soalan dan kena prepare 2 minit. Then lagi 5 minit korang kena discuss dengan interviewer kat situ. Soalan dia mostly general question and korang diberi kebebasan nak guna english / malay untuk interview ni cuma 1st station wajib malay and last station wajib english. 1 active station cuma ada satu je interviewer.
Contoh soalan

- Kamu perlukan duit untuk membayar yuran universiti namun biasiswa kamu tidak masuk lagi dan kamu tidak mahu menyusahkan keluarga memandangkan keluarga kamu tidak mampu. Apakah tindakan kamu?
- Kamu bersama rakan doktor lain di dalam bilik pembedahan. Rakan kamu mengambil gambar pesakit yang sedang menjalani pembedahan tanpa keizinan pesakit dan ingin meletakkan gambar tersebut di media sosial. Apakah tindakan kamu?
- Graduan pelajar perubatan kebanyakkannya masih menunggu bertahun tahun untuk menunggu panggilan housemanship. Berikan pendapat anda.
- Rakan baik anda tidak diterima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala anda diterima. Rakan anda sungguh sedih. Apa yang patut anda lakukan?
Soalan last I dah tak ingat tapi jangan ingat lepas korang dah discuss dia takkan tanya lagi. Dalam bilik discussion nanti akan ada soalan susulan so korang kena prepare lah :)
Interview UNIMAS
Interview UNIMAS bagi I mencabar sikit, interview ni jenis yang biasa punya interview. Masatu ada 2 interviewer. Interview ni I nasihatkan korang jawab jujur dan tak meleweh sebab sometimes jawapan korang tu boleh menjerat korang balik. Masani interviewer minta I cakap dalam english and kawan I yang chinese masatu kena jawab in Malay.
Ni soalan soalan dia tanya.
- Introduce yourself. Kami taknak tahu pasal gred awak, cuma bagitahu pasal family awal, pasal aktiviti koko yang awak pernah terlibat dan kenapa nak jadi doctor?
- Apa penyakit yang teruk yang awak tahu? Masani I jawab diabetes mellitus. Then dia sambung lagi macam mana nak prevent daripada kena penyakit tu, apa perlu buat kalau kena sakit tu. Kenapa macam tu kenapa macam ni
- Pernah pergi sarawak? Apa yang awak tahu pasal sarawak?
- Siapa vice chancellor UNIMAS?
Well that's all. Goodluck gais! <3