Quantcast
Channel: FAR
Viewing all articles
Browse latest Browse all 49

Sekolah Asrama Penuh berhantu?!

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah yes! Finally! Dapat juga update blog, rindu nya dekat blog. Rindu nak berblogwalking. Rindu nak comment entry orang, rindu kat blogger2 sekalian hikhik muah ciked :*

Ini pun curi curi masa sikit nak update blog, rasanya tahun ni memang busy. Tengok lah awal awal tahun je homework tak putus putus. Rasa nak menangis bila tak cukup tidur, selalunya balik sekolah terus baring atas katil. Tapi sekarang ni, bila baring je hmm teringat homework yang cikgu bagi. Terpaksa lah korbankan waktu tidur. Korbankan waktu whatsapp-ing miahaha nasib 858 faham. Thanks awak.

Amboi sesi meluahkan perasaan pun dah makan masa kahkah.

Ingat lagi entry Adik aku dapat 5A? Alhamdullillah dia ditawarkan ke SMS Kota Tinggi (SAKTI). Mula mulanya dia taknak. Dia seboleh boleh nak tolak tawaran tu.

"Amien taknak masuk. Keputusan Amien muktamad" 
Kemain tau ayat dia, muktamad konon puih :p

Tapi lepas di brainwash oleh kakak dia yang mulut belum beli insurans ni, Alhamdulillah hati dia terbuka nak masuk.

"Kau tak malu eh? Lelaki pun penakut nak masuk asrama (potpetpotpet)"

Mula lah sesi membeli barang barang keperluan asrama, insyaAllah next entry aku kongsi serba sedikit barang yang perlu dibawa kalau nak pergi asrama. Mana tahu bila dah masuk universiti next year, aku boleh baca balik entry tu. Sebagai rujukan katanya...

Okay, malas cakap banyak.

Dekat sekolah asrama penuh ni, pihak sekolah guna sistem rumah. Macam Harry Potter lah kan.
Amien dapat rumah Beta (hijau) dan dorm Beta 1. Dalam satu bilik tu, dia tempatkan pelajar ikut sistem rumah.
Paling tak boleh bla bila aku nak tanya pelajar senior kat situ, aku panggil

"Abang" lol padahal kitaorang sama umur aw tapi aku ni kan jet jet muda, forever young kononnya *flip tudung*

Katil Amien sebelum bercadar

Beta 1. Lebih kurang 15 orang satu bilik

Amien risau sebab dia tak pandai pakai tie
"Kak, pinjam phone. Nak on youtube"


Yes, paling tak puas hati dengan locker. Kecil bebenor.
"Abah nak susun macam mana ni......"

Dan masih risau dengan tie dia......

Dan bersama tie lagi....
"Abang, sampin songket ni pakai hari Jumaat"
*amien betulkan tie"
"Dengar tak mak cakap ni?"
*masih betulkan tie*
"MALAS MAK LAYAN KAU"

Beta 1

Abang & tuan blogger yang omey hikhik

"Abang, jom lah ambil gambar"
Nampak gemuk T_T

Dua hari lepas dia ada call, tapi bukan menangis. Nampaknya dia tak homesick pun, dia siap suruh beli lagi barang barang yang tak cukup.

Okay jap, bila baca title macam tak ada kena mengena dengan isi entry harini....
Haha tang mana ntah ada cerita hantu ni ish.

Siapa siapa ada pengalaman masuk asrama, mehh lah comment2 dekat entry ni. Nak tahu juga pengalaman engkorang.

Abang, bergembiralah di sekolah baru.
Fi Hifzillah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 49