Assalamualaikum.
Perempuan ni kan bila hampir or mengalami period, mood diaorang susah bebenor nak ditafsirkan. Ada je pelbagai ragam yang dibuat. Yang pelik pelik pula tu. Ni lah yang dipanggil PMS (Pre Menstrual Syndrome) but hey it's not something that we choose to have okay. Benda ni something yang kitaorang tak boleh control, bila hormon dalam badan semua tak stabil. Masatu hormon sedang bergelora seperti roller coaster dalam badan.
Takkan lah nak marah diri sendiri kot
"Farahin, do not have PMS!"Tak, cara tu takkan menjadi.
Mungkin lelaki tak faham. Ye, lelaki takkan pernah faham. Sebab lelaki tak berada dalam situasi kitaorang. Tahu tahu je nak marah kitaorang balik T__T Bukannya nak tanya kitaorang okay ke idok. Mostly perempuan yang mengalami PMS ni bukan setakat mood je tak betul, but certain girls akan mengalami;
- Rasa loya, nak muntah
- Pening
- Sakit perut
- Sakit pinggang
Bayangkan kalau every single month kau kena hadap semua benda yang menyeksakan ni, memang wajar lah kau semua ada mood swings dan sebagainya duhhh
Tujuan aku buat entry ni supaya dapat share beberapa hint perempuan yang tengah PMS ni dan supaya lelaki, (tak kisah lah boyfriend, tunang, suami, adik lelaki, ayah) sedar perempuan kesayangan diaorang sedang mengalami fasa PMS dan dapat bersedia lebih awal dan lebih memahami kihkih
Lelaki jangan expect perempuan akan bagitahu sendiri yang diaorang tengah period. So korang kena lebih peka.
1. Rasa insecure sangat
"Sayang, awak dah tak sayang saya eh?"
"Kenapa saya rasa awak dah tak sayang saya"
Yes, walaupun perempuan tu tahu boyfriend sangat sayang dia tapi diaorang tetap rasa insecure.
2. Mengidam macam macam
"Sayang, saya nak makan tomyam. Saya taknak tomyam kosong, pastikan tomyam campur. Ha one more, make sure awak beli dekat restoran fav saya. Saya taknak tempat lain"
"Awak tahu tak kawan kawan saya semua post gambar ice cream Magnum dekat insta. Jom kita pergi Magnum Cafe. Saya nak ice cream kat situ je, saya taknak ice cream magnum beli kat kedai runcit."
Kemain demand gila perempuan time PMS ni. Dia punya craving perghhhh and this is what happens to me every month. Setiap kali period, aku pasti craving makanan yang aku jarang makan. Memang rasa menangis kalau tak dapat. But bila dah lepas PMS, tak rasa nak makan pun huhu
3.
Manja gila!Kalau isteri tetibe nak peluk suami je 24 jam, suami jangan lah marah marah.
"Eh awak ni kenapa nak peluk saya je. Manja sangat ni apahal"
Suami jangan marah, biarkan je. Perempuan ni rasa selamat bila dipeluk sebenarnya. Tapi janganlah dah tahu tak halal, gataiiii sangat nak peluk boyfriend. Boyfriend pun apa lagi haaa ambil kesempatan lah!
4.
Mood swing
Mood swing ni bila kau tengah gembira, tiba tiba kau marah. Pastu dua tiga minit kemudian, kau menangis. Yes, sangat tak best. Masatu perasaan tengah bercampur baur. Perubahan mood secara mendadak. Lelaki janganlah tuduh perempuan ni meroyan ke apa. Cuba lah faham sikit.
5.
Akan jadi orang yang berbezaKalau girlfriend kau tu suka bercakap, asyik nak selfie 24 jam, suka senyum je then tetibe dia jadi pendiam, kalau kau ajak selfie pun dia asyik menolak, pastu muka masam je haaa ketahuilah bahawa girlfriend engkorang tu tengah PMS!
"Sayang jom kita selfie"
"I taknak"
"Alahhh jom lah jom lah" *buat muka comel cuba pujuk girlfriend*
"I cakap taknak, means taknak lah! I dah lah tengah hodoh gila sekarang ni, pastu you ajak selfie. You memang sengajakan hmmm you dah tak sayang I ke?"
Dan inilah kisah perempuan dan PMS nya. Semoga lelaki di luar sana sabar melayan karenah perempuan yang disayangi. Perempuan tak minta pun semua benda ni. Kalau sayang, terima lah dengan baik buruk perempuan tu dengan ikhlasnya. Janganlah kau tengking dia pula.
"You, kalau I boleh tarik sikit PMS you tu kasi kat I. I sanggup T_T" *muka terpaksa*
cewah ayat nak pujuk girlfriend.
Fi Hifzillah.